Survey Peguambela Rakyat

Saturday, October 17, 2009

Sistem Kehakiman Yang Korup


Kemusnahan dan kehancuran agama, bangsa dan negara pasti akan menjelma dalam tempoh yang tidak sesiapa pun yang dapat menjangkakan dengan tepat, ianya adalah ilmu Allah. Saya mempunyai asas yang kukuh untuk berkata sedemikian berdasarkan dalil-dalil yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam kandungan al-Quran dan diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sunnah bginda menceritakan keruntuhan tamadun-tamudun termashyur seperti tamadun Saba' yang dimusnahkan oleh Allah kerana kebobrokan pemerintah yang zalim dan melanggar perintah-perintah Allah dengan penuh angkoh serta sombong.

Baginda Rasullullah telah memberi amaran keras jangan sekali-kali ummah memilih pemimpin yang zalim dan sombong dengan Allah. Islam telah menetapkan beberapa ciri yang wajib ada dalam diri seseorang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin. Dalam satu hadith Nabi, baginda telah mendedahkan bahawa diakhir zaman kelak, pemimpin yang zalim, berakhlak buruk dan menjual amanah yang diberikan akan dipilih oleh ummah, manakala pemimpin yang bersih yang amalkan amal makrof dan nahi mungkar ditolak oleh ummah. Mereke rela dipaksa memilih pemimpin yang korup kerana mereka dikekang kebebasan berfikir, dipaksa, diancam dan dipancung oleh kerajaan dengan berbagai tindakan yang menimbulkan ketakutan ummah untuk memilih yang haq dn menolak yang bathil.

Di Malaysia, pihak eksekutif menguasai badan perundangan dan badan kehakiman sehingga kedua-dua badan ini sepatutnya berada dalam keadaan 'separet of power' terpaksa patuh dengan kehendak pihak eksekutif bagi menjaga kepentingan politik korup kerajaan yang memerintah. Di kala ini, UMNO telah menguasai ketiga-tiga badan ini secara menyeluruh, ketat, teracang dan dengan kuasa yang ada, UMNO menggunakannya secara maksima menyekat ummah yang sedar dan insaf akan kebobrokan UMNO yang memerintah.

Sistem kehakiman merupakan benteng terakhir bagi ummah mencari keadilan dan pembelaan. Campur tangan UMNO secara langsung dan tidak langsung ke atas sistem kehakiman, maka berakhirlah satu sistem pentadbiran dalam sesebuah negara dan diganti dengan satu sistem yang amat buruk bagi memenuhi hasrat kerajaan [baca:UMNO] untuk mengekalkan kuasa. Dengan kuasa, UMNO dan para pemimpinnya senang untuk memunggahkan kekayaan negara bagi kepentingan juak-juaknya dan ummah dipinggirkan.

0 comments:

Post a Comment




 

My Blog List

Term of Use